Saturday, August 29, 2009

HIDAYAH ALLAH


ALLAH

Sesungguhnya aku bersyukur kerana dilahirkan sebagai Islam..Dan aku bersyukur dilahirkan dalam kalangan family yang mengutamakan Islam dan bertemu dengan sahabat-sahabat yang terpelihara akidahnya..

Aku tak tahulah tapi aku rasa hidayah ALLAH datang dalam pelbagai bentuk..Sama ada melalui mimpi,mendengar azan atau bacaan kitab suci Allah,Al-Quran dan sebagainya..Malah,Saidina Umar pada asalnya sangat membenci Islam..Tapi apabila mendengar bacaan Al-Quran yang dialunkan oleh adiknya menyebabkan hatinya terbuka untuk menerima Islam.

Hidayah Allah tidak mengenal sesiapa pun..Selagi hamba itu diperkenan-Nya dia akan menunjukkan kekuasaan-Nya.Kalau Allah berkata KUN FAYAKUN maka jadilah ia..Mohonku agar aku sentiasa berada di landasan yang benar sehingga ke akhir hayatku..

Tapi aku sentiasa tertanya-tanya adakah Hidayah Allah datang dalam bentuk MANUSIA..Tapi bila difikir-fikirkan balik,memang benar..Buat apa Allah menghantar Rasulullah S.A.W kalau bukan untuk berdakwah..Dan ramai kafir Quraish yang tertarik untuk memeluk Islam setelah terpesona dengan kebaikan yang ditonjolkan Nabi Muhammad..

Dan andai kata aku berubah kerana seorang manusia mungkinkah itu hidayah Allah kepadaku??


IMY......M

MY HIDAYAH...

Macam mana aku hendak katakan tentang my hidayah ni??
Mungkin aku membuka pekung di dada..
Tapi inilah hakikatnya..Aku seorang yang free hair dulu..Dan aku
fikir aku hanya akan bertudung bila usiaku mencecah 20-an..
Tapi ternyata lebih awal dari itu aku mula bertudung..Ketika usiaku mencecah 14 tahun satu bulan..Pada bulan Julai 2006..
Hmm..Semuanya kerana satu perjanjian..Aku rasa macam terpaksa..Sampailah sekarang aku still rasakan macam tu..Terukkan..
Aku tahu ini kewajipan bagi setiap MUSLIMAH..Tapi hati aku tak pernah mahu..Aku tahu useless aku bertudung kalau tak ikhlas..
Tapi aku masih bersyukur pada Allah yang aku masih bertudung ke mana-mana sahaja aku pergi..

Sebenarnya masa form 3 walaupun aku dah bertudung tapi aku still letak photo aku masa aku form 2 yang aku still free hair masa tu..
Dan aku ada rada guilty tapi perasaan tu tak sekuat mana pun..

Benarkah hidayah Allah boleh disampaikan melalui manusia...
Mungkin benar...
Sehinggalah aku berkenalan dengan seorang sahabat yang sangat baik..Aku sangka dia seorang yang biasa macam orang lain yang aku kenal..Tapi tak..Dia lain dan sangat berbeza..Dia different dari mana2 yang aku kenal..Bersyukur sangat..

Tapi dia terlalu baik..Sampaikan one day aku delete friendster aku yang lama dan buat friendster baru..Friendster aku yang baru tu tak ada satu pun gambar aku yang free hair..Tapi aku tak faham kenapa dia kata dia tak banyak membantu aku sedangkan disebabkan aku malu dengan dialah aku berusaha improve diri aku...Disebabkan dialah aku sentiasa untuk membuat kebaikan..Aku tak tahu ini betul ataupun salah..Tapi aku nak betulkan statement yang dia cakap..Actually dia banyak tolong aku...Sangat banyak..Nasihat-nasihat dia lgi..thank you so much!!!

Aku still ingat lagi kata-kata cikgu Saadah..Cikgu sekolah agama parit khadi.Ketika itu aku attend darjah khas..Cikgu cakap kalau semua lelaki dapat menjaga iman mereka maka tidak akan ada sindiket pelacuran..Cikgu bagi contoh kalau sorang girl yang free hair bertemu dengan lelaki alim dan jika lelaki alim tersebut menegurnya sudah pasti lama-kelamaan dia akan berasa malu..Dan akhirnya dia mungkin akan bertudung walaupun di depan lelaki alim itu sahaja..Tapi cikgu cakap at least girl tersebut sudah pun mula bertudung walaupun secara sedikit-sedikit...Jadi aku rasa kalau semua lelaki kat dunia macam tu sudah pasti tak ada lagi perempuan yang free hair...

Sekian...

No comments:

Post a Comment